Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Manaqib Tuan Guru Haji Abdul Hadi Kamil, ulama menabur jasa di Sabak Bernam

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Kamil ( 1919 - 1985 )


Tuan Guru Haji Abdul Hadi Kamil Bin Haji Salleh dilahirkan pada tahun 1919 di Batu Kurau, Perak. 

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Batu Kurau, Perak. Kemudian pada tahun 1934, Tuan Guru dihantar memasuki Madrasah Ehya al-Syarif di Gunung Semanggol. Beliau kemudiannya menyambung pengajian ke Madrasah Masriyah, Bukit Mertajam.

Diantara gurunya ialah:

1. Tuan Guru Haji Abu Bakar al-Baqir
2. Syeikh Salleh Masri

Selepas selesai menuntut ilmu kira-kira penghujung tahun 30an, beliau telah menjelajah negeri-negeri di Tanah Melayu dan akhirnya ke Singapura. Sepanjang lawatannya, beliau singgah di masjid-masjid menyampaikan dakwahnya.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi menunaikan haji pada tahun 1947 dan beliau berpeluang tinggal disana selama 3 tahun. Disana Tuan Guru Haji Abdul Hadi sempat menuntut ilmu daripada Syeikh Abdul Qadir al-Mandili
Sekembalinya ke tanah air, beliau berhijrah ke Sabak Bernam lalu mengajar di Madrasah Muhammadiyah, Batu 40.

Diantara jasa dan bakti beliau yang lain ialah :

1. Menjadi guru agama di Terengganu, Pulau Pinang dan Sabak Bernam pada penghujung tahun 1950an.
2. Membuka sebuah kedai buku yang diberi nama Usaha Kita sekitar tahun 1950an di Bazar Melayu, Sabak Bernam
3. Penulis dan wartawan akhbar Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara
4. Imam dan Penolong Pendaftar Nikah kariah Masjid Jamek Pekan Sabak Bernam dalam tahun 70an hingga 80an

Diantara kitab hasil penulisan beliau adalah :

1. Rahsia Sembahyang
2. Rahsia Puasa
3. Pedoman Berpidato
4. Khutbah Nikah Moden
5. Khutbah Jumaat

Beliau meninggal dunia pada 20 April 1985 ketika berusia 66 tahun. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Batang, Bagan Datok, Perak ( Kampung Kiyai Haji Yassin ).

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin

Sumber - Ustaz Safwan Fathy


Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI



KONGSIKAN:



  • Istana Sultan Deli sekitar tahun 1910

    Istana ini dirosak dan dibakar, sementara kaum kerabat Sultan dibunuh dalam peristiwa yang Revolusi Sosial oleh penyokong Parti Komunis Indonesia di Sumatera Timur pada Mac 1946.Sumber / Hak cipta: Het Nationaal Archief Baca Selanjutnya

  • 30 Ogos 1957 : Union Jack diturunkan di Melaka

    Pada 30 Ogos 1957, tepat jam 6.30 petang bertempat di Padang Bandar Hilir, Melaka telah berlangsung upacara menurunkan bendera 'Union Jack'. Penurunan bendera yang dilakukan lebih awal daripada tempoh berakhirnya pemerintahan British di Tanah Melayu ini menandakan berakhirnya pentadbiran British di Melaka selama 133 tahun. Bendera ini diturunk... Baca Selanjutnya

  • Lubang benam Guatemala : fenomena alam yang mengerikan

    Lubang benam yang muncul di Guatemala City pada tahun 2010 adalah fenomena yang benar-benar berlaku. Kejadian ini berlaku selepas Taufan Agatha melanda, bersama-sama dengan letusan gunung berapi Pacaya. Kedua-dua peristiwa ini menyebabkan tanah di bawah permukaan bandar menjadi lemah dan akhirnya runtuh. Lubang ini mempunyai kedalaman lebih dari 60... Baca Selanjutnya

  • Ikan paus humpback sang gergasi laut

    Pada 27 April 2019, satu peristiwa yang mengejutkan dan menakjubkan telah berjaya dirakam di Teluk Monterey, California. Seekor ikan paus humpback yang besar tiba-tiba melompat keluar dari air betul-betul di sebelah sebuah bot nelayan kecil bernama Baja Sueno. Pemandangan ini sangat mengagumkan dan memberikan pengalaman yang mendebarkan kepada sesi... Baca Selanjutnya

  • Gambar pembunuhan Haditha, bukti betapa kejamnya Amerika Syarikat

    Tahun 2024, selepas 19 tahun tepatnya pada hari sabtu 19 November 2005, gambar Haditha Massасre (pembunuhan beramai-ramai Haditha) telah dibocorkan kepada akhbar New York Times. Tentera marin Amerika Syarikat membunuh 24 orang awam Iraq ketika itu. Mereka membunuh seluruh keluarga dalam jarak dekat, termasuk membunuh bayi. Semua mang... Baca Selanjutnya

Ads Bottom