Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Dekad 60an kebangkitan pejuang Bahasa Melayu



Pada awal 1960an terdapat segelintir orang bukan Melayu yang berfahaman cauvinis menentang keras menjadikan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Isu bahasa kebangsaan diambil kesempatan oleh golongan cauvinis untuk mendapatkan laba keuntungan politik dengan menyemarakkan api perkauman.

Rasa kurang senang orang-orang Melayu semakin tak terbendung maja pasa 19 Julai 1964, satu barisan bertindak Bahasa Kebangsaan telah ditubuhkan untuk menentang anasir-anasir yang menghalang pelaksanaan Bahasa Kebangsaan. Pengerusi Barisan Bertindak Rakyat Malaysia, Melan Abdullah yang hadir dalam perjumpaan penubuhan badan itu telah memberikan jaminan bahawa barisan ini akan memberikan sokongan kepada setiap tindakan untuk mendaulatkan Bahasa Kebangsaan pada bila-bila masa sahaja.


Perjumpaan menubuhkan Barisan Bertindak Bahasa Kebangsaan ini telah berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka. Hadir dalam majlis itu ialah pecinta- pecinta bahasa, pensyarah-pensyarah maktab, wartawan-wartawan tempatan, penulis-penulis dan pelajar yang berjumlah kira-kira 70 orang.

Dalam perjumpaan ini, Yahya Ismail, Penolong Pegawai Penyelidik di Dewan Bahasa dan Pustaka telah dipilih menjadi pengerusi barisan tersebut manakala Encik Kamaruddin bin Mohd. Said telah dipilih sebagai setiausahanya.


Di antara tujuan-tujuan barisan itu ialah:
(i) Memperjuangkan Bahasa Kebangsaan dengan lebih berkesan dan bersungguh-sungguh.

(ii) Melaksanakan kehendak Perlembagaan iaitu Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal menjelang tahun 1967.

(iii) Menimbulkan dan meneguhkan semangat perjuangan terhadap Bahasa Melayu. 

(iv) Menjaga kesucian dan kedaulatan bahasa di negara ini. 

(v) Mengadakan tunjuk perasaan untuk membantah sikap anti-nasional yang ditunjukkan oleh badan-badan perniagaan, pejabat-pejabat dan perbadanan-perbadanan lain.

(vi) Mengadakan risalah penerangan dan ceramah-ceramah, rapat-rapat umum dan tindakan-tindakan yang lain sesuai dengan kehendak keadaan.

(vii) Membela dan memberi sokongan kepada pejuang-pejuang Bahasa Kebangsaan untuk meneguhkan keyakinan mereka bahawa mereka itu tidak keseorangan dalam perjuangan mereka.

Lain-lain Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik terdiri daripada Encik Noor Azam, Encik Abdullah Zawawi, Encik Abu Zaki Fadzil, Encik Asraf, Encik Melan Abdullah, Encik Usman Awang, Encik Abdullah Hussain dan Cik Habibah Manan.

Sumber : Berita Harian 20 Julai 1964




KONGSIKAN:



  • Propaganda jahat Israel disebalik tragedi Hospital as-Shifa

    Kementerian kesihatan Gaza menolak dakwaan Israel bahawa ia telah menemui terowong Hamas di Hospital Al-Shifa dan menyifatkan ia sebagai 'pembohongan tulen'.Pengarah kementerian tersebut, Mounir el-Boursh dalam kenyataannya berkata, Israel sebaliknya teIah meneruskan serangan udaranya ke atas Gaza, menyasarkan beberapa kawasan di enklaf itu menyeba... Baca Selanjutnya

  • Damailah Awni, akhirnya impianmu tercapai

    Impian YouTuber dari Palestin berusia 13 tahun ini untuk menjadi 'terkenal' di platform itu akhirnya menjadi kernyataan selepas dia gugur syahid dalam serangan dilancarkan rejim Zionis pada akhir Oktober lalu.Saya Awni Eldous dari Gaza. Matlamat saluran ini adalah untuk mencapai 100,000 pengikut dan meningkat kepada 500,000 serta mencecah sejuta or... Baca Selanjutnya

  • Sheikh Raed Salah : Waqafkan hidupnya demi membebaskan Masjid al Aqsa

    Sheikh Raed Salah merupakan Ketua Gerakan Islam di Palestin. Beliau dilahirkan pada 1958 di Umm al-Fahm, di utara Palestin yang kini dirampas oleh pendatang haram Yahudi.Sheikh Salah pernah menjadi Datuk Bandar Umm al-Fahm tetapi melepaskannya untuk fokus kepada perjuangan pembebasan al Aqsa.Beliau cukup dikenali kerana ketegasannya mempertahankan ... Baca Selanjutnya

  • Mengenang 90 tahun kewafatan wali Allah Tok Kenali

    Hari ini 19 November 2023, 90 tahun yang lalu, ulama disegani tanah air, Tok Kenali, meninggal dunia.Nama sebenarnya Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad, lahir pada 1868 di Kubang Kerian, mukim Kenali, Kota Bharu, Kelantan dalam keluarga yang warak. Ketika kecil beliau belajar mengaji ilmu-ilmu asal dengan datuknya, kemudian menyambung belajar di Masjid ... Baca Selanjutnya

  • Khalil al-Wazir : syahidnya Komander Fatah yang digeruni Israel

    Khalil al-Wazir bersama pemimpin ikonik Palestin, Yasser ArafatKhalil al-Wazir atau lebih dikenali sebagai Abu Jihad merupakan seorang pemimpin Palestin yang dihormati. Beliau adalah di antara pengasas Fatah dan merupakan orang kanan kepada Yasser Arafat, Chairman PLO (Palestin Liberation Front)Abu Jihad mengasaskan gerakan ketenteraan di dalam Fat... Baca Selanjutnya

Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI

Ads Bottom