Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Kisah disebalik mohon kerja dengan syarat tahan maki


Pada peringkat awal pembikinan filem DO RE MI, P.Ramlee berhasrat untuk membawa Aziz Sattar dan S.Shamsudin bagi menyambung siri Bujang Lapok tetapi menyedari akan timbul masalah untuk mendatangkan kedua - dua pelakon komedi itu ke Kuala Lumpur. 

Semasa ingin mencari pelakon yang sesuai untuk membawakan watak Mi, P.Ramlee teringat bahawa Ibrahim Din yang sebelum ini pernah berlakon di bawah arahannya di dalam filem Sabaruddin Tukang Kasut juga boleh berkomedi. Setelah berbincang dengan A.R Tompel maka kedua duanya bersetuju untuk menyerahkan watak Mi kepada Ibrahim Din.  

Manakala pemilihan watak orang kaya mereka sepakat memilih Seniman Idris Hashim. Beliau merupakan bintang besar dalam pentas bangsawan dan juga sahabat P.Ramlee. Selepas selesai filem Ragam P.Ramlee, Idris Hashim sekali lagi ditawarkan P.Ramlee sebagai watak Orang Kaya dalam Do Re Mi, dan juga watak ikonik Komeng dalam Nasib Do Re Mi.

Ini merupakan babak 'rare' sewaktu P.Ramlee sendiri menjadi jurugambar merakamkan babak Orang Kaya Banglo bermain piano sebelum diserang penyamun Do Re Mi.

P.Ramlee banyak mengambil inspirasi dan idea dari pelbagai perkara yang mungkin kita tidak terfikir. Sebab itu lah banyak skrip nya agak terkedepan dari zaman beliau. 

Sumber:
Repair Gambar Lama
Kelab Filem Melayu Klasik
Majallah Filem
Berita Filem

Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Nak beli klik link di bawah

https://s.shopee.com.my/8f6eRv9G3a

Check out HERMAN - 4 USB Port 3 Universal Power Strip Extension Plug Power Socket Electric Sockets Elektrik Soket Cords (USB C *) for RM13.48. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/8f6eRv9G3a



Ads Bottom