Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Syeikh Ahmed Yaasin : Ulama mencetak ribuan pejuang Palestin


Dapatkan info terkini perjuangan rakyat Palestin klik t.me/SERUANALQUDS


Dahulunya mereka adalah kanak-kanak kecil yang dididik dan dibiasakan dengan suasana pengimarahan masjid serta aktiviti-aktiviti luar seumpama pengakap.

Sedikit demi sedikit, ditanam semangat perjuangan di kalangan kanak-kanak dan remaja ini sehingga subur semangat dan keazaman yang tinggi untuk turut bersama dalam perjuangan untuk menentang penjajahan regim zionis Israel.


Tempoh 20 ke 30 tahun kemudian, kanak-kanak dan remaja inilah menjadi di kalangan mereka yang berada di barisan hadapan untuk berdepan dengan zionis Israel, seraya mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk mengembalikan  kemuliaan Masjid al-Aqsa, kiblat pertama umat ke pangkuan umat Islam sejagat.

Namun proses penyediaan ini tidaklah mudah kerana mereka telah pun melalui pelbagai latihan fizikal, mental, spiritual, perancangan strategik, media, ketenteraan dan sebagainya untuk menjayakan agenda yang satu.

Yakinlah, Palestin akan merdeka, Israel akan dikalahkan!

Dalam keadaanya yang lumpuh dan berkerusi roda, Syeikh Ahmed Yasin telah meniupkan roh jihad ke dalam jiwa-jiwa anak-anak muda Palestin bahawa Israel adalah musuh tuhan dan kemanusiaan yang wajib diperangi.

Beliau dipilih Allah syahid dijalanNya dalam satu serangan oleh pengganas Israel pada tahun 2004.

Keteguhan perjuangannya menjadi inspirasi kepada anak-anak muda Palestin persisnya Nelson Mandela di Afrika Selatan. Tidak hairanlah, walau dicanang serata dunia kononnya Israel itu kuat dengan persenjataan moden namun lebih tiga dekad, HAMAS tetap wujud meneruskan perlawanan terhadap Israel.



Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom