Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Khalil al-Wazir : syahidnya Komander Fatah yang digeruni Israel


Dapatkan info terkini perjuangan rakyat Palestin klik t.me/SERUANALQUDS

Khalil al-Wazir bersama pemimpin ikonik Palestin, Yasser Arafat

Khalil al-Wazir atau lebih dikenali sebagai Abu Jihad merupakan seorang pemimpin Palestin yang dihormati. Beliau adalah di antara pengasas Fatah dan merupakan orang kanan kepada Yasser Arafat, Chairman PLO (Palestin Liberation Front)

Abu Jihad mengasaskan gerakan ketenteraan di dalam Fatah sehingga menjadi Komander al-Assifa – sayap ketenteraan Fatah.

Beliau juga telah menubuhkan cawangan Fatah di Tunisia, Kuwait, Lubnan dan lain-lain.

Pergerakannya diintip lebih setahun selepas Intifadah Pertama Palestin pada 1987.

Beliau dibunuh dalam serbuan sulit di rumahnya pada pagi 16 April 1988 ketika berusia 52 tahun.

Abu Jihad ditembak dari jarak dekat, dilaporkan 70 kali, di hadapan isterinya Intissar.

Berikutan pembunuhannya, protes besar-besaran meletus di seluruh wilayah Palestin yang dijajah.


Beliau adalah di antara pejuang pembebasan Palestin di zaman awal Fatah dan PLO.

Sumber : Dr Zainur Rashid 



Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom