Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Sepuluh (10) fakta mengenai halia


Dalam masakan Cina tidak sah jika tidak menggunakan halia sebagai bahan rempah ratus, mahupun penambah perisa. Malah khasiatnya juga telah diakui baik dalam hal pemakanan mahupun perubatan tradisional. Ketahuilah khasiatnya yang luar biasa ini.

1. Halia berasal dari Asia Tenggara, ditanam secara meluas di seluruh dunia antaranya India, China, Nigeria, Australia dan Thailand.

2. Halia boleh merawat pelbagai penyakit dan kaya dengan kalium, fosforus, kalsium, protein, karbohidrat, vitamin C dan niasin.

3. Masyarakat di China dipercayai telah menggunakan halia dalam amalan perubatan sejak 2,500 tahun lalu.

4. Orang Cina percaya, halia mampu mengatasi masalah kesejukan anggota badan terutama di bahagian tangan dan kaki. 

5. Gejala itu berpunca daripada gangguan atau masalah pengaliran darah.

6. Halia disifatkan sebagai bahan yang berasa pedas apabila dimakan dan boleh membantu dalam pencernaan dan digunakan sebagai penawar racun.

7. Masyarakat Cina menggunakan halia sebagai rempah perasa dan ubatan secara meluas dan ia sangat bagus untuk kesihatan badan.

8. Selain itu, halia turut bertindak membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, buang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar, meredakan demam, batuk, sakit gigi, sakit tulang, senggugut dan sesak dada.

9. Halia juga diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, kosmetik dan ubatan.
Kebiasaannya di dalam perubatan, halia diambil dalam bentuk minuman seperti air rebusan halia atau pati halia.

10. Selain berbau harum, campuran halia dalam masakan menjadi pembuka selera makan. Selalunya halia ditumbuk atau di mayang halus, ditumis bersama perencah. Amalan makan ulam halia muda juga boleh menghilangkan bau mulut.

Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom