Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Sultan Sir Ibrahim tamatkan amukan pak belang di Parit Samsu


Pada satu hari dalam tahun 1915, penduduk di Parit Samsu yang terletak dekat Parit Jawa, Muar digemparkan dengan kejadian Sultan Ibrahim menembak mati harimau belang sepanjang enam kaki yang mengganas di kawasan tersebut.

Menurut ceritanya, Sultan Ibrahim yang datang dari Johor Bahru dan sedang bersemayam di Istana Hinggap, Muar telah diberitahu berita tentang seekor harimau yang berkeliaran di Parit Samsu dan menakutkan penduduk.

Sebagai raja yang suka berburu dan sangat handal menembak, Sultan Sir Ibrahim telah diiringi oleh pembantu-pembantu baginda pergi memburu harimau tersebut.

Sultan Ibrahim (bersenapang) bersama-sama pengiring baginda, disamping bangkai harimauvyang ditembak.

Beberapa hari kemudian, baginda berjaya menemui harimau tersebut dan menembaknya. Bangkai harimau itu diletak atas landasan kereta api di Parit Jawa untuk memberi peluang orang ramai melihatnya dari dekat.

Bangkai harimau itu kemudiannya diawet dan dibawa pulang ke Johor Bahru.

Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom