Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Tragedi kebakaran istana Sultan Mansur Shah

Ilustrasi kejadian kebakaran istana Sultan Mansur Shah

Peristiwa istana Sultan Mansur Shah terbakar tercatat di dalam Sejarah Melayu, sebagai satu keja-dian yang sangat menyedihkan kerana segala harta milik Sultan Mansur Shah yang diwarisi sejak dari zaman Parameswara hancur menjadi abu.

Diceritakan, api yang marak telah membakar atap istana yang diperbuat daripada timah hingga cair dan jatuh seperti hujan lebat.

Kejadian dahsyat itu bagaimanapun tidak sampai mengorbankan nyawa, namun Sultan Mansur Shah sangat berdukacita dan bersedih.

Di atas tapak istana yang terbakar itu kemudiannya dibina sebuah istana baru yang lebih cantik, besar dan indah seni binanya

Istana tersebut terus diwarisi oleh putera Sultan Mansur Shah iaitu Sultan Alauddin Riayat Shah I dari tahun 1477 hingga 1488. Sultan Mahmud Shah, juga bersemayam di sini dari tahun 1488 hingga 1511.

Malangnya, apabila Portugis berjaya menakluki Melaka dalam tahun 1511, istana tersebut telah dibakar dan tapaknya kini Gereja St. Paul.

Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom