X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Kampung Cheh ( 1935 - 2024 )



Nama penuhnya ialah Tuan Guru Haji Zainal Abidin Bin Haji Isa dan beliau dilahirkan pada tanggal 3 Disember 1935 di Kampung Cheh, Bukit Gantang, Taiping, Perak. Tokoh ini lebih dikenali dengan nama Haji Din dan merupakan seorang anak tunggal.

Selepas tamat Sekolah Rendah Kampung Cheh, Bukit Gantang beliau melanjutkan pengajiannya ke tanah suci Mekah al-Mukaramah dalam usia lebih kurang 17 tahun, pada 1951 hingga 1953. Selepas pulang dari Mekah, Tuan Guru belajar pula selama 2 tahun di Pondok Tuan Guru Haji Abdul Majid, Guar Cempedak, Kedah.

Antara guru-gurunya ketika di Mekah ialah :

1. Syeikh Salleh Tok Kenali al-Kalantani
2. Syeikh Abdullah Zawawi Tok Kenali
3. Tuan Guru Haji Ahmad Bapu al-Fathani
4. Tuan Guru Haji Ayah Mi al-Fathani


Pada tahun 1955, beliau telah berkawin dengan Hajah Aisyah yakni anak gadis kepada Tuan Guru Haji Wan Amin Bin Toyyib, seorang ulama yang berjasa di Kampung Bukit Cempedak, Bukit Gantang.

Ketika sihatnya, Tuan Guru Haji Zainal Abidin bertugas sebagai imam di Masjid Kampung Cheh sehingga jatuh uzur. Kini beliau menetap bersama keluarganya di Kampung Cheh, Bukit Gantang.

Beliau meninggal dunia pada 11 Oktober 2024 dalam usia 89 tahun.

Sumber - Maklumat yang dikongsikan oleh Ustaz Khadafi Dafi (cucu Tuan Guru), Tengku Yusuff, Jejak Ulama Nusantara




Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI



KONGSIKAN:



  • Ya, tukang cuci itu suamiku

    Wanita dalam gambar itu memegang ijazah kedoktoran dalam astronomi dan sains angkasa serta belajar di universiti paling berprestij Jerman.Dia tinggal jauh dari tempat kerjanyaIni untuk menemani suaminya, seorang tukang cuci.Dia bersiar-siar di jalanan bersamanya dengan penuh cinta, bangga untuk menggembirakan hati suaminya itu dari kelelahan bekerj... Baca Selanjutnya

  • Makam Tutankhamun tidak terbuka selama lebih 3,000 tahun

    Makam Tutankhamun tidak terbuka selama lebih 3,000 tahun sebelum dibuka pada tahun 1923Makam Tutankhamun kekal tidak terbuka selama lebih 3,000 tahun sebelum dibuka pada tahun 1923 oleh Howard Carter. Di dalamnya, mereka menemui pelbagai harta karun: topeng pengebumian emas yang ikonik, kereta kuda yang diukir halus, takhta mewah, dan pelbagai patu... Baca Selanjutnya

  • Galaksi tanpa bintang ditemui

    Ahli astronomi mendakwa mereka telah menemui sebuah galaksi yang langsung tidak mempunyai bintang:Galaksi yang misteri dan kosong ini, dikenali sebagai J0613+52, terletak sejauh 270 juta tahun cahaya dari Bumi.Menurut Karen O'Neil, saintis kanan di Green Bank Observatory, yang bercakap pada mesyuarat tahunan American Astronomical Society awal tahun... Baca Selanjutnya

  • Sampai bila kau nak berniaga ayam goreng kat tepi jalan?

    Kisah Benar bagaimana Muiz Hot Chicken bangkit menjadi empayar ayam goreng fi Malaysia Bagi Muiz, perjalanan dari seorang peniaga ayam goreng di tepi Jalan Temenggong Ahmad, Parit Raja, Johor, ke arah membangunkan Muiz Hot Chicken sebagai sebuah empayar ayam goreng di Malaysia adalah suatu kisah yang penuh inspirasi.Muiz memulakan perniagaanny... Baca Selanjutnya

  • Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Kampung Cheh ( 1935 - 2024 )

    Nama penuhnya ialah Tuan Guru Haji Zainal Abidin Bin Haji Isa dan beliau dilahirkan pada tanggal 3 Disember 1935 di Kampung Cheh, Bukit Gantang, Taiping, Perak. Tokoh ini lebih dikenali dengan nama Haji Din dan merupakan seorang anak tunggal.Selepas tamat Sekolah Rendah Kampung Cheh, Bukit Gantang beliau melanjutkan pengajiannya ke tanah suci Mekah... Baca Selanjutnya

Ads Bottom