Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Variasi Tanpa Limitasi

Masukkan carian anda di sini !

Kisah si babun Jack mengendali isyarat kereta api





Jack adalah seekor babun jantan spesies Papio ursinus yang bekerja di Keretapi Afrika Selatan antara 1881 dan 1890.

Babun itu sebenarnya adalah rakan sekerja James Wide, iaitu seorang juru isyarat keretapi yang telah kehilangan kakinya dalam kemalangan.

Wide sebelum lumpuh, dia dikenali sebagai seorang yang sering melompat ke atas gerabak sehingga suatu hari dia terjatuh dan kehilangan kedua-dua belah kakinya.

Untuk membantu menjalankan tugasnya, Wide telah membeli babun bernama Jack dan melatihnya untuk menolak kerusi roda dan mengendalikan isyarat keretapi di bawah pengawasan Wide.

Syarikat pengendali keretapi telah melancarkan siasatan rasmi selepas beberapa penumpang mendakwa melihat babun menukar isyarat keretapi di Uitenhage berhampiran Port Elizabeth.

Syarikat itu pada mulanya ragu-ragu, tetapi kemudiannya memutuskan untuk mengupah Jack secara rasmi selepas mengiktiraf kemahirannya.

Jack dibayar dua puluh sen sehari dan setengah bir seminggu. Sepanjang perkhidmatannya, Jack tidak pernah melakukan satu kesilapan.

Selepas sembilan tahun berkhidmat, Jack meninggal dunia akibat batuk kering pada tahun 1890.

Tengkoraknya telah dipelihara di Muzium Albany di Grahamstown, Afrika Selatan, sebagai penghormatan kepada sumbangannya yang luar biasa kepada sistem keretapi.







Ikuti kami di TELEGRAM klik https://t.me/xplorasicom
Iklan

Perkhidmatan Ejen Setem (STAMPING)
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

📄 Perjanjian Sewa
👔 Kontrak Kerja
🎓 Pinjaman Pelajaran
📦 Perbekalan & Perkhidmatan
📑 Lain-lain dokumen

Penghantaran dokumen permohonan di dalam format PDF dan serahan sijil e-Setem akan di serahkan melalui WhatsApp sahaja. Ketulenan sijil e-Setem boleh disemak di laman sesawang stamps.hasil.gov.my. Dipercayai, mudah dan pantas.

Ejen Berdaftar LHDN (No: 629732)

HUBUNGI 011-12663461

WHATSAPP SEKARANG


KONGSIKAN:



Ads Bottom