Pada 13 Disember 2017, dunia arkeologi digempar dengan cebisan rangka penguin bersaiz manusia ditemukan di pantai Hampden, Otago, Selatan New Zealand.
Berdasarkan kajian, saintis percaya bahawa cebisan rangka itu sejenis penguin purba yang hidup sekitar 55 hingga 60 juta tahun yang lalu, dengan berat sekitar 100 kilogram, berdiri setinggi sekitar 1.64 meter dan panjang hujung paruh hingga hujung kaki mencecah 1.77 meter.
Spesis yang baharu ditemukan itu dinamakan ‘Kumimanu biceae’ dari perkataan Maori, “kumi” iaitu sejenis raksasa mitos puak itu dan “manu” yang bererti “burung”. ‘Biceae’ pula sempena nama ibu seorang pengkaji senior pasukan kajian itu.
Didapati penguin purba itu tidaklah berbulu hitam dan putih seperti penguin hari ini, sebaliknya ia berbulu perang dan paruhnya juga jauh lebih panjang. Tubuhnya pula dipercayai lebih ramping, tidak segempal dan secomel penguin hari ini.
Saiznya yang besar dipercayai berlaku selepas ia berevolusi dari spesis yang terbang kepada menyelam. Spesis penguin gergasi itu juga didapati hidup di iklim subtropika bersama burung-burung laut yang lain, penyu, jerung dan pelbagai spesis lagi.
Namun saintis percaya apabila muncul dan berkembangnya spesis-spesis mamalia laut yang lain, ia terpaksa bersaing untuk makan atau menjadi mangsa kepada haiwan yang lebih besar, menjadi punca kepupusannya kira-kira 20 juta tahun yang lalu.
Di tahun yang sama, tak lama selepas penemuan fosil 'Kumimanu biceae', ahli paleontologi menemukan fosil yang didapati milik saudaranya - spesis purba yang diberi nama 'Kumimanu fordycei' pada Februari 2023 yang kini dipercayai penguin terbesar dalam sejarah dengan ketinggian mencecah 1.80 meter dan seberat 136 kilogram.
Sumber: Nature, Science Alert, The Conversation, The Guardian
Ikuti kami di TELEGRAM klik https://t.me/xplorasicom
Iklan
Perkhidmatan Ejen Setem (STAMPING)
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
📄 Perjanjian Sewa
👔 Kontrak Kerja
🎓 Pinjaman Pelajaran
📦 Perbekalan & Perkhidmatan
📑 Lain-lain dokumen
Penghantaran dokumen permohonan di dalam format PDF dan serahan sijil e-Setem akan di serahkan melalui WhatsApp sahaja. Ketulenan sijil e-Setem boleh disemak di laman sesawang stamps.hasil.gov.my. Dipercayai, mudah dan pantas.
Ejen Berdaftar LHDN (No: 629732)
HUBUNGI 011-12663461
KONGSIKAN:
