Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Hukuman mati beramai-ramai ke atas ahli keluarga Ming


 


Berita Harian 30 September 2025

BEIJING: Mahkamah di China menjatuhkan hukuman mati terhadap 11 ahli keluarga Ming, kumpulan mafia terkenal yang mengendalikan pusat penipuan di Myanmar.

Menurut laporan agensi berita CCTV, secara keseluruhan, 39 ahli keluarga Ming dijatuhi hukuman di bandar Wenzhou, Timur China.

Aktiviti mereka menjana lebih AS$1.4 bilion (RM5.88 bilion) dan mereka juga didapati menyebabkan kematian beberapa pekerja, termasuk menembak pekerja untuk menghalang mereka pulang ke China.

Keluarga Ming pernah berkuasa di bandar Laukkai, Myanmar, menjadikannya pusat perjudian, dadah dan penipuan.

Pusat mereka menempatkan kira-kira 10,000 pekerja, termasuk kompleks Crouching Tiger Villa yang terkenal dengan penderaan dan penyeksaan.

Pada 2023, pihak berkuasa Myanmar menahan ramai ahli keluarga ini dan menyerahkan mereka kepada China.

Ketua keluarga, Ming Xuechang, dilaporkan membunuh diri, manakala ahli lain diserahkan kepada pihak berkuasa China, dengan sebahagian daripadanya membuat pengakuan menyesal.

Ribuan pekerja di pusat penipuan turut diserahkan kepada polis China.

Pada awalnya, bandar Laukkai dibangunkan untuk memenuhi permintaan perjudian rakyat China kerana ia diharamkan di negara itu dan beberapa negara jiran.

Namun, kasino di sana kemudian berubah menjadi pusat besar bagi pencucian wang, penyeludupan dan penipuan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini menyifatkan kegiatan di Laukkai sebagai 'scamdemic' kerana membabitkan lebih 100,000 orang yang kebanyakannya warga China yang telah diperdaya, dikurung dan dipaksa melakukan penipuan dalam talian terhadap mangsa di seluruh dunia.

Dengan hukuman berat ini, China menunjukkan kesungguhan mengekang sindiket penipuan di sempadannya.

Awal tahun ini, tekanan Beijing turut memaksa Thailand bertindak ke atas pusat penipuan di sempadan Myanmar. Namun, kegiatan sama kini dilaporkan beralih ke Kemboja.






KONGSIKAN:



Ads Bottom