Itu jambatan, kes dikatakan jatuh juga kerap dilaporkan di bangunan tinggi, yang terbaru seorang lelaki di Melaka secara tiba-tiba berlari meluru ke tingkap kemudian terjun dan akhirnya "maut".
Ironinya, masyarakat dengan mudah terus mengatakan ianya kes bunuh diri. Lazimnya begitulah, terjun dari tempat tinggi kemudian mati, ianya dikatakan bunuh diri. Apa pun biarlah pihak polis dan jabatan forensik jalankan siasatan.
Ada satu kes "terjun" yang agak misteri berlaku di terusan air di Selangor. Kisahnya ada dua orang sahabat, Karim dan Harun (bukan nama sebenar) yang pergi memancing di terusan air tersebut pada waktu malam.
Dikatakan ketika kejadian mereka berada di atas kunci air. Sambil menunggu umpan disambar ikan, mereka berbual seperti biasa, pelbagai topik berselang gelak ketawa. Karim memuncungkan bibirnya ke arah Harun meminta sebatang rokok. Asap berkepul keluar daripada mulutnya. Tiba-tiba karim terdiam, rokok yang masih berasap dikepit antara dua jarinya dan perlahan-lahan terlepas jatuh ke air. Mata Karim tidak berkedip, mulutnya seperti terkuncinya. Karim bangun dari bangku kecilnya, Harun mula kehairanan, dan bertanya sama ada sahabatnya mahu lagi sebatang rokok.
Karim terus terdiam tegak berdiri, matanya terus memandang kehadapan seperti melihat sesuatu dalam samar-samar cahaya lampu head lamp. Karim terus melangkah kehadapan, Harun mula cemas melihat gerak geri sahabatnya itu.
"Kebushhhh..." Karim terjun, Harun tergamam, kelibat sahabatnya itu tiada lagi, yang ada hanya kesan kocakan air.
Jeritan Harun memecah kesunyian malam, cemas, Karim daripada berbual mesra, terdiam dan akhirnya terjun. Harun meminta bantuan orang kampung, polis dan pasukan menyelamat mulakan operasi mencari. Keesokkan paginya mayat Karim ditemukan.
Harun kebingungan, disoal siasat polis namun begitulah ceritanya, Karim memang terjun. Keluarga Karim sendiri akui yang Karim tidak pernah menceritakan apa-apa masalah kepada keluarga mahupun rakan karibnya.
Menurut orang, kemungkinan ada suara misteri atau entiti yang merasuk dan mendorong Karim untuk terjun ke terusan air itu. Entah betul atau tidak, misteri kematian Karim terus menjadi tanda tanya.
KONGSIKAN: