Inilah orang yang paling banyak bawa musibah kepada negara, berbilion ringgit wang negara terbazir kerana kegiatannya, beratus2 anggota keselamatan gugur dan menjadi OKU kerana tindakannya, ramai para isteri dan anak2 jadi tersiksa hidup mereka...semua angkara dia.
Dia amat licik sehingga pasukan keselamatan tak pernah mengenali rupanya sehingga saat dia ditangkap. Dia sangat licik dalam hutan, sehingga tentera yang menghantar 5000 anggota ke hutan Janda Baik untuk menangkapnya masih gagal. Diketahui umum, dua orang pegawai pangkat besar, seorang Brig General Chong dari tentera dan seorang lagi Supt Chong dari SB berebut2 sesama mereka untuk menangkap si dia ni selama bertahun2 tapi tak berhasil. Akhirnya Chong kecil juga yang berjaya tangkap dia...anehnya dia bukan ditangkap dalam hutan belantara, tetapi dijalankan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur.
Chong kecik yang dimaksudkan ialah kawan atok Ah Chong @Hashim Kamaruddin @Kenny. Kenny tangkap dia di depan Globe Silk Store dan sumbat belakang van F Team, bawa terus ke Taman Tasik Titiwangsa...Kenny duduk di sebelahnya dalam van. Ketika itu perasaan Kenny bercampur gaul...separuh hati ingat nak terus bawa orang tua ni ke tepi tasik, benamkan2 dia sampai membobok2 kerana dialah yang paling banyak membawa angkara kepada negara dan bangsa. Namun sebagai seorang yang penuh iman di dada dan penuh disiplin sebagai pendokong amanat rakyat....Kenny berjaya menahan sabar. Dia mengorak suatu senyuman...tiba2 terasa bangga... dialah orang pertama dikalangan pegawai keselamatan yang dapat bersua muka dengan seorang yang sangat hebat dari segi kepimpinannya....
Kenny membuka kata, " Cho San, Uncle Chong....Selamat pagi uncle Chong" ...ye, orang itu tak lain tak bukan adalah Chong Chor.
Chong Chor mengambil masa, untuk menjawab...dia merenung tepat ke muka Kenny...Apa mau..." katanya dalam nada serius. Kenny tidak menjawab, dia terus melempar senyuman kepada Chong Chor...lalu Chong Chor pun tersenyum....
Chong Chor masa ditangkap umur 60an. Dia menyertai Komunìs di zaman Jepun , menjadi anggota MPAJA semasa berumur 14 tahun. Kemudian berjuang untuk Komunis menentang Kerajaan sehingga 1960. Lepas itu dia mengikuti PKM berundur ke sempadan tanah air dengan Thailand untuk berehat sambil mengumpul tenaga semula dan mengatur strategi baru untuk menyambung perjuangan menentang Kerajaan.
Tahun 1968 Chong Chor dihantar sebagai ketua panglima perang PKM menyusup masuk semula ke semenanjung, dialah Ketua kepada semua ketua unit2 PKM di Semenanjung. Chong Chor menempatkan dirinya di hutan Pahang sekitar Janda Baik hingga ke Karak, mengetuai satu pasukan Pengganas yang utuh, the 6th Assault Unit.
sumber: Zahriman Alias
KONGSIKAN: