Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

16-Disember

Masukkan carian anda di sini !

Meetinghouse Raid : malam Tokyo dibakar tentera bersekutu


Mungkin ada yang tidak tahu sebelum pihak Amerika jatuhkan bom atom, mereka terlebih dahulu buat sesi pengeboman secara besar-besaran. Pada gambar ni boleh lihat sendiri betapa teruknya bandar Tokyo yang dibom oleh pihak Amerika

Mereka ni sebenarnya guna satu bom yang dikenali sebagai Napalm Bomb, benda ni cecair yang mudah terbakar. Kejadian berlaku pada malam 9 Mac 1945, operasi ini dikenali dengan nama Meetinghouse Raid.

Bom yang dilepaskan mula jatuh pada kawasan bandar Tokyo, waktu tu kebanyakan rumah di sana diperbuat daripada kayu, jadi api yang menyambar rumah akan cepat merebak disebabkan oleh 2000 tan bom yang digugurkan di sana.

Peristiwa ni menjadi sejarah sebab angka kematian meningkat berlipat kali ganda iaitu mencecah 100,000 orang awam, satu juta orang hilang tempat tinggal dan 267,171 bangunan musnah teruk.

Kebanyakan yang mati disebabkan tak sempat melarikan diri dsebabkan kawasan tersebut terbakar dengan teruk, dalam hanya tiga jam sahaja tetapi kesannya amat teruk ada yang cerita mayat yang dijumpai dikawasan Semuanya hitam seperti arang sebab rentung terbakar.






KONGSIKAN:



Ads Bottom