Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Variasi Tanpa Limitasi

Masukkan carian anda di sini !

Kematian Aitzaz Hasan selamatkan ratusan ibu daripada menangis


Subhanallah wabihamdihi..



Inilah hero yang sebenar.. Pada tahun 2014 dunia digemparkan dengan kisah Aitzaz Hasan seorang budak lelaki yang berusia 15 tahun di Pakistan.

Dia telah mengorbankan nyawanya semata mata untuk menyelamatkan 2000 rakan sekolahnya dari seorang pengembom bunuh diri. (suicide bomber).

Begini kisahnya..

Suatu hari Aitzaz bersama sepupunya Mudassar Hassan dalam perjalanan ke sekolahnya. Mereka terserempak dengan seorang lelaki yang mencurigakan.
Apabila mereka melihat ada alat detonate dari celah bajunya. Maka mereka yakin bahawa lelaki ini adalah pengebom berani mati.

Aitzaz menyuruh sepupunya menuju ke Sekolah untuk memberitahu kepada guru dan rakan rakan sekolahnya perihal lelaki itu.

Manakala Aitzaz berkata kepada sepupunya:

"lelaki ini ingin mengebom Sekolah dan rakan rakan kita. Aku akan menghalang lelaki ini,"

Aitzaz terus mengejar lelaki itu, dan kerana panik lelaki itu menghidupkan antenator dan letupan pun berlaku membunuh Pengebom itu sendiri dan Aitzaz.

Aitzaz menjadi idola dan pelbagai penghargaan dari kerajaan Pakistan. Majlis pengebumiannya di hadir ramai orang terdiri daripada pelajar dan ibu bapa mereka.

Kata ayahnya..

"ya, kematian Aitzaz membuatkan saya dan ibunya menangis. Namun kematiannya telah menyelamatkan ratusan ibu dari menangisi kehilangan anaknya.."





PROMOSI BUKU

Gambar Buku

Kitab Tamadun Yahudi

Orang Yahudi hari ini adalah antara bangsa yang menguasai dunia. Tetapi sudah tentu, apa yang dicapai oleh bangsa Yahudi ini merupakan hasil perjalanan lebih 5,000 tahun tamadun mereka. Buku ini meneroka sejarah, kebudayaan, malahan agama Yahudi itu sendiri daripada menjadi bangsa pilihan TUHAN untuk diturunkan kepada para nabi, kepada bangsa yang sering ditohmah pada zaman moden dengan 1001 kisah konspirasinya. KITAB TAMADUN YAHUDI merangkumi sejarah bangsa Yahudi membina peradaban mereka di dunia. la ditulis merangkumi sejarah peperangan, agama, kebudayaan, malahan pencapaian-pencapaian mereka.

INFO LANJUT KLIK DI SINI


KONGSIKAN:



SHOPEE MALAYSIA
Cadar Kalis Air (Waterproof) untuk Masalah Anak Kencing Malam
Bedsheet Waterproof Tilam Kalis Air Kencing Malam Cadar Single/QUEEN Mattress Protector Cover
RM17.30
BELI SEKARANG

Ads Bottom