Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Tuan Guru Imam Haji Ishaq Bin Muhammad Arif


Nama penuhnya ialah Tuan Guru Haji Ishaq Bin Muhamad Arif Bin Sutan Tujuan Saka Bin Sutan Limbang Laut Bin Merah Mas dan beliau dilahirkan di Kampung Rawa, Chemor, Perak pada tahun 1908.

Datuk dan neneknya berasal dari keluarga Kesultanan Rawa, Sumatera, Indonesia yang berhijrah ke Malaysia dan terus ke Pahang di sekitar tahun 1830an. Ayahnya yang bernama Panglima Muhamad Arid merupakan seorang panglima perang seangkatan dengan Mat Kilau di Pahang .

Ibunya bernama Nujumah @ Hindun berasal dari Selangor dan meninggal dunia pada tahun 1914 ketika Tuan Guru Haji Ishaq berusia 6 tahun.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Dong, Raub pada tahun 1917. Selepas itu, Tuan Guru Haji Ishaq belajar ilmu al-Quran dan fardhu ain dari beberapa tuan guru di kampung sebelum berhijrah ke Tanjung Malim pada 1927 dan seterusnya kembali semula ke Raub, Pahang.

Diantara gurunya ialah :

1. Tuan Guru Haji Abdullah Bin Haji Muhammad Saman - Guru al-Quran
2. Tuan Guru Lebai Muhammad Din Bin Imam Sani, Kampung Semantan Hilir
3. Tuan Guru Haji Abdul Razak - Qadhi Raub
3. Tuan Guru Haji Muhammad Khatib Bin Sutan Kaya, Tanjung Malim
5. Tuan Guru Haji Kashf al-Anwar Bin Hanafiah - Khalifah Tareqat Naqshabandiyyah Khalidiyyah
6. Shaikh Haji Umar Bin Muhammad al-Khalidi - Pemimpin Tareqat Naqshabandiyyah Khalidiyyah
 
Beliau mula melibatkan diri dalam tareqat sejak dari tahun 1927 sewaktu usianya 19 tahun dan telah mengambil talqin zikir dan bai`ah Tareqat Naqshabandiyyah Khalidiyyah dari guru beliau, Tuan Guru Haji Muhammad Khatib.

Setelah hampir tujuh tahun mempelajari serta mengamalkan tareqat dan beberapa kali menjalani suluk di bawah bimbingan dan asuhan Syeikh Haji Umar, maka Tuan Guru Haji Ishaq telah diangkat sebagai khalifah dan diizinkan juga untuk mengajar tareqat tersebut pada tahun 1934 di Surau Suluk Kubu, Durian Sebatang, Raub. 

Murid-murid Tuan Guru Haji Ishaq dianggarkan melebihi 5,000 orang yang terdiri dari lelaki dan juga perempuan. Diantara muridnya ialah :

1. Ustaz Mukhtar Bin Yaqub
2. Tuan Guru Haji Jahid Bin Sidek
3. Ustaz Muhammad Bin Long
4. Ustaz Haji Husain Bin Abdul Latif
5. Ustaz Ramli Bin Haji Muhammad
6. YB Tengku Mustafa Bin Tengku Haji Seti 
7. Tuan Guru Haji Wan Hasan Bin Wan Abdullah

Bermula dari tahun 1965 sehingga akhir hayatnya, beliau telah menganjurkan sebanyak 120 amalan bersuluk di Surau Ehyaul Qulub, Kampung Jeram Bangkin, Dong, Raub, Pahang. Khalifah yang diangkat di zaman hayatnya pula ialah seramai 350 orang.

Tuan Guru Haji Ishaq meninggal dunia pada 21 Februari 1992 ketika berusia 84 tahun dan jenazahnya dimakamkan di Kampung Bukit Kemuning, Dong, Raub, Pahang.






Sumber : Tengku Yusuff

Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom