Tok Janggut Gerik nama sebenarnya Tuan Guru Haji Abdul Razak Bin Kasman seangkatan dengan Tuan Guru Haji Idris al-Bahrawi dan Syeikh Osman Lenggong.
Beliau telah dilantik oleh pembesar di Hulu Perak sebagai imam perang di kawasan Temenggor hingga Kenering semasa zaman komunis. Tok Janggut semasa hayatnya pernah beberapa kali bertempur dengan pengganas komunis dengan hanya menggunakan parang panjangnya dan ketika itu orang yang mengikuti Tok Janggut menentang komunis mengatakan peluru yang dilepaskan ke arah mereka seperti hujan, daun-daun dan kayu-kayu semua seperti dilanda ribut disebabkan tembakan yang bertalu-talu dan beratus das tembakan. Tetapi mereka katakan peluru yang kena pada badan mereka ketika itu hanya ibarat terkena pasir pada badan. Ketika itu juga Tok Janggut telah memasang pagar hikmat sepanjang Kampung Tanjung Rambai dan disebabkan pagar ghaib itu setiap pengganas komunis yang lalu lalang tidak melihat adanya perkampungan dan rumah-rumah di Kampung Tanjung Rambai.
Dalam sebuah peristiwa lain, Tok Janggut telah diserang oleh sepasukan pengganas komunis semasa beliau sedang meneroka tanah hutan. Penerokaan tanah hutan akan menjejaskan aktiviti pengganas komunis yang ketika itu sangat aktif di Hulu Perak. Dalam kejadian jam 5.00 petang, Tok Janggut telah dikepung oleh kira kira 15 orang pengganas komunis yang telah membelasahnya dengan menggunakan bennet (Pisau tajam yang diletak dihujung senapang), pedang dan kayu.
Setelah hampir setengah jam membelasah, Tok Janggut bangun seperti tiada apa apa yang berlaku pada dirinya yang membuatkan semua pengganas lari lintang pukang. Dalam kejadian tersebut, Tok Janggut sempat memberi "hadiah" parang panjang kepada tiga orang komunis yang mengalami kecederaan parah.
KLIK > DAPATKAN PELBAGAI BUKU PADA HARGA DISKAUN [KEMASKINI]
KONGSIKAN: