Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Tiga orang asli, tiga pahlawan negara berjasa


Beberapa anak watan orang asli menyahut seruan pertiwi yang sama-sama mengangkat senjata berjuang untuk memelihara keamanan negara..sehingga ada yang terkorban ketika bertempur di hutan belantara menentang pengganas Komunis.

1.Koperal 62209 Mandi a/k Itam Tambo

Terkorban ketika Ops Hentam Sedar 4 di Kulim Kedah pada 29 Ogos 1978


2.Konstabel 62196 Bah Tradil a/k Din.

Terkorban ketika ops setia 21/78 sempadan  kawasan Tapah dan Bidor

Kebanyakan mereka adalah penjejak (tracker) kepada pasukan kerana kebolehan mereka di hutan belantara.. kepakaran mereka boleh mengenal pasti pergerakan musuh amat unik dari tapak kaki,ranting yang patah, najis yang ditinggalkan, mereka boleh meneka anggaran musuh, jantina musuh, dan berapa jarak antara pasukan keselamatan dengan musuh. Ini semua membantu pasukan dalam membuat sebarang keputusan.


Sarjan Mejar Apot a/k Saad


Antara tracker atau penjejak terkenal Sarjan Mejar Apot a/k Saad. Diantara operasi yang disertai beliau seperti ops korbu, ops indera yang mana beliau berjaya menewaskan dua orang anggota pengganas komunis. Beliau telah bertempur sebanyak 25 kali sepanjang mengangotai VAT 69. Ketuanya A.Navaratnam menyifatkan beliau sangat  cekap dan tahu serba serbi tentang hutan. Pada tahun 2013 beliau dianugerahkan pingat gagah berani(PGB) dan bersara pada tahun 2004.


Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom