Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

29 November 1947 : Bermulanya al-Quds bermandi darah


Dapatkan info terkini perjuangan rakyat Palestin klik t.me/SERUANALQUDS


Tanggal 29 November 1947, Perhimpunan Umum Bangsa-Bangsa Bersatu mengeluarkan ketetapan 181 yang membahagikan Palestin kepada dua negara, Arab dan Yahudi dengan nisbah 54% kepada negara Yahudi dan 45% kepada negara Arab sementara baki 1% diisytiharkan sebagai kawasan antarabangsa iaitu wilayah al-Quds. 

Jika dilihat dari sudut piagam Bangsa-Bangsa Bersatu sendiri, ketetapan itu sendiri bercanggah dengan asas pembentukan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memberikan hak kebebasan dan menentukan masa depan kepada rakyat yang terbabit. 

Namun, rakyat Palestin yang terbabit secara langsung tidak pernah dirujuk atau diberi peluang membuat pungutan suara. Malahan pula, tindakan memberikan sebahagian besar dan bahagian yang terbaik dari bumi Palestin kepada kumpulan minoriti pendatang Yahudi merupakan satu kezaliman yang keji.

Pihak Zionis antarabangsa mengisytiharkan negara Israel pada malam 14 Mei 1948 selepas mereka menewaskan tentera-tentera Arab, yang pada masa yang sama sedang menghadapi masalah-masalah kepimpinan yang buruk, kelemahan koordinasi dan kecetekan pengalaman sehingga menyebabkan mereka ditawan musuh dengan mudah. Ini menyebabkan pihak Zionis menguasai 77% bumi Palestin, lalu menghalau 800,000 dari 920,000 rakyat Palestin dari bumi yang mereka duduki.

Mereka turut menghancurkan 531 dari 585 perkampungan Palestin, di samping melakukan 34 jenayah pembunuhan di wilayah jajahan. Adapun wilayah-wilayah Palestin yang masih berbaki adalah bahagian wilayah Tebing Barat yang berkeluasan 5878km persegi secara rasminya dimasukkan ke dalam wilayah Jordan. Manakala kerajaan Mesir pula meletakkan wilayah Gaza yang mempunyai keluasan 363km persegi di bawah pemerintahannya. Pihak Bangsa-Bangsa Bersatu pula, bersetuju untuk menerima negara Israel sebagai ahli anggota Bangsa-Bangsa Bersatu dengan syarat pihak Israel mestilah membenarkan pelarian Palestin untuk kembali ke tanahair mereka. Ini merupakan suatu perkara yang tidak pernah dilaksanakan sama sekali oleh rejim Zionis.


Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom