Koleksi gambar memaparkan sekumpulan sebelas (11) anggota polis lelaki berpakaian baju melayu di Alor Star, Kedah sekitar tahun 1938-1939.
Set fotografi ini dari koleksi Egon Von Eickstedt, berbangsa Jerman yang di rakamkan ketika beliau menjalankan aktiviti kajian Antropologi ras Melayu dan orang Asli di sekitar Kedah.
Koleksi gambar ini penting kerana turut merekodkan raut wajah, bentuk fizikal, saiz serta gaya dan pemakaian orang Melayu di Kedah sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua.
Rujukan :
German East Asia Expedition 1937/1939- Koleksi Egon Freiherr von Eickstedt.
Penafian :
Perkongsian foto sekadar memaparkan sejarah, antropologi serta fizikal orang Melayu di negeri Kedah pada lewat tahun 1930an.
Sumber : Izmal Karim
KONGSIKAN: