Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Variasi Tanpa Limitasi

Masukkan carian anda di sini !

Kehilangan wilayah-wilayah khilafah Uthmaniyyah


Semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid II, kira-kira 1.6 juta kilometer persegi wilayah Kekuasaan Uthmaniyyah telah hilang, Jumlah ini lebih daripada dua kali ganda keluasan Turki hari ini.

Kehilangan wilayah-wilayah terbesar berlaku selepas Perang Rusia–Turki 1877–1878 (Perang 93) melalui Perjanjian Berlin apabila Serbia, Montenegro, dan Romania memperoleh kemerdekaan seterusnya Bulgaria menjadi wilayah autonomi kemudian Bosnia-Herzegovina diserahkan kepada Austria Pulau Cyprus juga terpaksa diserahkan kepada Britain manakala Kars, Ardahan, dan Batum jatuh ke tangan Tsar Rusia.

Tidak lama selepas itu, Tunisia pula jatuh kepada Perancis (1881), Mesir kepada Britain (1882), Thessaly kepada Greek dan Krete secara tidak langsung turut hilang Kekuasaan Uthmaniyyah.

Jumlah keseluruhan yang sering dinyatakan ialah 1,592,806 kilometer persegi. Isu ini agak kontroversial; walaupun ada yang mendakwa “tiada wilayah yang hilang,” sumber sejarah dan peta jelas menunjukkan berlakunya kehilangan wilayah tersebut.

Sumber asal : Borhan Ibrahim




KONGSIKAN:



Ads Bottom