Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Kisah Maharaja Abu Bakar mengambil alih bandar Muar


Pada tanggal 12 Ogos dalam tahun 1887, bandar Muar telah dibuka dengan rasminya oleh Maharaja Abu Bakar dan dinamakan Bandar Maharani. Sultan Johor-Riau-Lingga yang berkuasa telah melantik seorang pemerintah di Muar dengan gelaran Temenggong. Dengan ini ada dua orang Temenggong iaitu di Negeri Johor dan di daerah Muar. Krisis dalam takhta kerajaan Johor-Riau-Lingga menyebabkan kedudukan Muar semakin rumit, lebih-lebih lagi apabila Inggeris campur tangan dalam kedudukan politik Johor.

Masalah kedudukan Muar yang mempunyai pemeritahannya sendiri telah berakhir apabila Maharaja Abu Bakar menaiki takhta kerajaan Johor pada tahun 1862. Kolonel Anson iaitu Pemangku Gabenor Inggeris di Singapura telah membenarkan Maharaja Abu Bakar mengambil alih pemerintahan di daerah Muar. Pada masa yang sama, waris-waris pemerintah daerah Muar telah menuntutnya daripada Gabenor Singapura tetapi tuntutan itu tidak dihiraukan oleh pihak Inggeris.

Kesempatan itu telah digunakan oleh Maharaja Abu Bakar untuk meluaskan lagi pengaruhnya di Muar, dan pada tahun 1879 daerah Muar dengan rasminya telah diisytiharkan di bawah kekuasaan Maharaja Abu Bakar. Pada tahun 1884 Maharaja Abu Bakar telah mengisytiharkan supaya bandar Muar dibuka dan ditadbir secara tersusun dengan melantik Engku Sulaiman sebagai Residen Muar yang pertama. Pembukaan Bandar Muar pada hari ini dalam tahun 1887 telah menjadikan Muar berkembang pesat sebagai sebuah daerah di dalam negeri Johor.

Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom