Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Abiy Ahmed Ali : Perdana Menteri yang dulu disanjung kini dikecam

Abiy Ahmed Ali

Pendana Menteri Ethiopia, Abiy Ahmed Ali pernah menerima pujian secara meluas. kerana menamatkan kebuntuan selama dua dekad bersama Eritrea selepas terlibat dalam perang sempadan 1998-2000.

Tetapi, imej itu tercalar se lepas beliau didakwa melancar- kan perang saudara di utara ne- gara Tanduk Afrika tersebut.

Konflik terbaharu di wilayah Tigray mengubah status Abiy daripada menjadi tokoh di sanjung komuniti antarabangsa kepada pemimpin yang bertalu talu dikecam hingga kini.

Pada mulanya, usaha keras beliau bagi mencapai pendamai- an dan kerjasama bersama musuh lama. Asmara yang merupakan ibu negara Eritrea telah diiktiraf di peringkat antarabangsa dan turut diiktiraf di peringkat anta- rabangsa sekali gus melayakkan dirinya untuk menerima Hadiah Nobel Keamanan pada Oktober 2019.

Ketika itu, Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) melihat bekas pegawai tentera itu sebagai harapan terbaik untuk membawa demokrasi dan pasar an ekonomi ke Ethiopia serta memperluaskan usaha menstabil kan negara jiran yang bergolak dari Sudan hingga ke Somalia.

Tekanan ke atas beliau se makin meningkat setelah wilayah utara terjerumus dalam konflik semakin meruncing sejak November 2020.

Abiy, 45, didakwa mengerah kan pasukan keselamatan ke Tigray selepas menuduh kumpul an pemberontak, Barisan Pembebasan Rakyat Tigray (TPLF) melancarkan serangan ke atas kem tentera persekutuan.

Pertempuran antara pasukan keselamatan pro-Abiy dan TPLF bersama sekutunya telah meragut ribuan nyawa serta memaksa jutaan penduduk meninggalkan kediaman masing-masing.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan si tuasi tegang di wilayah itu me nyebabkan Tigray berada di ba wah 'sekatan de facto' yang menghalang akses kepada bekal an ubat-ubatan dan makanan ke pada ratusan ribu penduduk di ambang kebuluran.

Sementara itu, panel yang menganugerahkan Hadiah Nobel Keamanan kepada Abiy ber pendapat beliau memikul tang khas untuk menamat kan pertumpahan darah di wilayah Tigray.

"Sebagai perdana menteri dan pernah menerima peng iktirafan antarabangsa, beliau wajar mengembalikan semula keamanan," kata Pengerusi Jawatankuasa Nobel, Berit Reiss-Andersen.

Pengarah Eksekutif Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW), Kenneth Roth. juga senada dengan Reiss-Andersen apabila beliau menggesa Abiy membenarkan bantuan disalurkan kepada lebih lima juta penduduk yang me merlukan.

"Situasi ini adalah kes klasik hukuman kolektif dan bukan hanya untuk menghukum kumpulan pemberontak seluruh populasi di Tigray," tegas Roth.

Konfik yang tercetus di Tigray turut menyebabkan beberapa pihak mendesak Jawatankuasa Nobel melucutkan pengiktirafan yang diberikan ke pada Abiy, namun keputusan itu mungkin sukar dibuat.

"Beliau dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan atas usahanya yang sah dan diiktiraf pada 2019." jelas Reiss-Andersen.

Pernah sertai tentera

Abiy yang merupakan anak kepada pasangan Muslim dan Kristian dilahirkan pada 15 Ogos 1976 di Beshaha, sebuah daerah ladang kopi di barat daya Ethiopia.

Pemimpin etnik terbesar Oromo pernah terlibat dalam gerakan menentang rejim Derg yang memerintah Addis Ababa (1974-1991) dan kemudiannya berkhidmat dalam Pasukan Pertahanan Kebangsaan Ethiopia sebagai leftenan kolonel.

Ketika masih menyertai ten tera, beliau memperoleh ijazah dalam bidang kejuruteraan kom puter daripada Microlink Information Technology College pada 2001 dan dilantik sebagai Ketua Agensi Rangkaian Keselamatan Maklumat yang ber- tanggungjawab untuk keselamat an siber pada 2007.

Pada 2010, Abiy dilantik se- bagai anggota Pertubuhan Demokratik Rakyat Oromo (OPDO) yang merupakan se- bahagian daripada gabungan pe- merintah, Barisan Demokratik Revolusi Rakyat Ethiopia (EPRDF).

Beliau kemudiannya me lanjutkan antara 2011 dan 2017 sehingga memperoleh ijazah kedoktoran daripada Institute for Peace and Security Studies of Addis Ababa University.

Pada 2016, Abiy dilantik se- Menteri Sains dan Teknologi, namun hanya me- megang jawatan itu dalam tem- poh singkat kerana dinamakan sebagai Naib Presiden kerajaan wilayah Oromia dan dipilih se- bagai Ketua Sekretariat OPDO kira-kira setahun selepas itu.

Pada 2018, beliau dilantik se- bagai pengerusi OPDO yang membuka peluang untuk pe-- lantikannya sebagai pengerusi EPRDF pada Mac tahun tersebut.

Kira-kira sebulan selepas itu, Parlimen melantik beliau sebagai Menteri Ethiopia Keempat sekali gus menjadi wa- kil etnik Oromo pertama me megang jawatan tersebut.

Konflik bersama TPLF Di bawah kepimpinan beliau, Abiy melakukan perubahan dramatik termasuk mengukuhkan proses demokrasi, memulihkan ekonomi dan menyelesaikan kon flik sempadan bersama Eritrea.

Beliau turut menubuhkan ka binet baharu lebih kecil dan di sertai sejumlah anggota wanita.

Selain itu, beliau turut mem bebaskan ribuan tahanan politik dan beberapa kumpulan pem bangkang dikeluarkan daripada senarai pertubuhan yang di anggap sebagai pengganas oleh pemimpin terdahulu.

Usaha pembaharuannya bagaimanapun gagal mendapat sokongan segelintir pihak apabi la beliau pernah menjadi sasaran serangan bom tangan ketika menghadiri sebuah perhimpunan pada 2018. Abiy kemudiannya membubarkan EPRDF dan me nubuhkan Parti Kemakmuran.

Ketika Pilihan Raya Umum 2020 ditangguhkan kerana pandemik Covid-19, beberapa pemimpin pembangkang dan TPLF men dakwa beliau cuba mengekalkan kedudukannya.

Konflik tercetus apabila wila yah Tigray tetap mengadakan pe milihan pada September 2020 hingga menyebabkan ketegangan semakin memuncak kira-kira dua bulan kemudian dan berlarutan hingga kini serta mencetuskan krisis kemanusiaan terburuk.

Pada Oktober 2021, Abiy mengangkat sumpah jawatan un tuk penggal kedua setelah Parti Kemakmuran pimpinannya me menangi 410 daripada 436 kerusi dipertandingkan dalam Pilihan Raya Parlimen. - Agensi


Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom