Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !


Pengganas Komunis nekad bunuh pemimpin tertinggi PDRM



Pada 13 November 1975 bersamaan hari Khamis, Tan Sri Khoo Chong Kong, Ketua Polis Perak meninggalkan pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Kontinjen Perak untuk pulang makan tengahari di  rumah beliau yang terletak di Jalan Tawar Off Jalan Tambun, Ipoh.

Dalam perjalanan pulang, kereta beliau melalui Jalan Kelab (Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab) dan Jalan Anderson, iaitu jalan-jalan penting dalam bandar Ipoh. Apabila sampai dipersimpangan lampu isyarat Jalan Ashby dengan Jalan Fair Park, pemandu beliau Konstabel Yeong Peng Cheong memberhentikan kereta kerana lampu isyarat menunjukkan warna merah. Pada ketika itu jam sudah 1.00 petang.

Tan Sri Khoo Chong Kong


Dengan tak disangka-sangka  tiba-tiba muncul sebuah motosikal yang dinaiki oleh dua orang pemuda Cina berpakaian seragam putih seperti pelajar sekolah dan bertopi keledar. Mereka datang dari arah belakang kereta dan memotong dari sebelah kanan kereta rasmi jenis Volvo 244 yang dinaiki Tan Sri Khoo Chong Kong terus melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah beliau. 

Pemandu beliau, Konstabel Yeong Peng Cheong yang terkejut dengan tembakan tersebut segera memberhentikan kereta dan keluar dari kereta untuk membalas tembakan, tetapi malang menimpa beliau kerana beliau juga turut ditembak dan rebah meninggal dunia disisi kereta yang dipandunya.

Lokasi kejadian pembunuhan kejam
Tan Sri Khoo Chong Kong


Dengan bersenjatakan pistol, serangan nekad disasarkan kepada Tan Sri Khoo Chong Kong yang duduk di belakang sebelah kiri pemandu membuatkan Tan Sri Khoo Chong Kong tidak bergerak. Tiga butir peluru mengenai bahagian kepala dan satu butir mengenai lengan kiri beliau. Tan Sri Khoo Chong Kong telah dikejarkan ke Hospital Besar Ipoh oleh seorang pegawai polis yang kebetulan lalu berhampiran tempat kejadian. 

Kecederaan yang dialami oleh  Tan Sri Khoo Chong Kong sangat serius dan setelah bertarung nyawa selama 28 jam. Akhirnya pada 14 November 1975 jam 4.41 petang beliau meninggal dunia.

Pihak polis percaya penyerang juga mengalami kecederaan di muka apabila bingkai cermin mata yang pecah dijumpai ditempat kejadian dan terdapat kesan darah. Ejen komunis berusaha untuk membunuh pemimpin tertinggi dalam pasukan polis yang boleh mengancam dan menjadi penghalang pergerakan mereka.


Jenazah mendiang di arak sebagai tanda penghormatan kepada gugurnya wira negara menentang Pengganas Komunis





KONGSIKAN:




Ads Bottom