Malayan Union diumumkan pada bulan Oktober 1945, menggabungkan negeri semenanjung, mewujudkan pentadbiran berpusat, dan melonggarkan syarat kerakyatan bukan Melayu.
Orang bukan Melayu boleh menjadi warganegara sekiranya tinggal di Tanah Melayu 10 sehingga 15 tahun ataupun lebih 5 tahun di Singapura. Tawaran ini adalah inisiatif pihak Inggeris untuk memutuskan hubungan dengan leluhur dan menganggap Tanah Melayu adalah tanah air sendiri.
James Allen berpendapat tawaran ini berat sebelah dan berpihak kepada bukan Melayu. Perkara ini berkaitan terdapat orang Melayu yang menyokong Jepun selepas British menyerah kalah. Pihak British ingin membalas budi orang Cina yang banyak membantu mereka melawan Jepun melalui Malayan Peoples’ Anti-Japanese Army (MPAJA).
Terdapat 3 golongan Cina yang memberi reaksi berbeza terhadap Malayan Union. Golongan pertama adalah dari puak Kuomintang yang lansung tidak berminat menjadi penduduk Tanah Melayu. Mereka lebih setia dengan Tanah Besar Cina. Akhabar Chung Hwa menulis bahawa mereka terpaksa mengisytihar bahawa mereka terpisah jika ingin keluar dari menjadi warganegara China. Jika menjadi rakyat di Tanah Melayu, mereka tidak akan diterima lagi di tanah asal.
Golongan Kedua pula adalah daripada penyokong Komunis dan Parti Komunis Malaya (PKM). Mereka yang membawa falsafah sosialis sudah tentu menentang sistem British. Bagi pihak PKM, Tanah Melayu sepatutnya ditabir dengan sistem Sosialis.
Golongan ke-3 pula adalah golongan yang menyokong Malayan Union, Mereka ini lebih selesa berada di Tanah Melayu. Peluang untuk menjadi warganegara adalah sangat baik bagi generasi mereka. Walaupun terdapat reaksi berbeza dikalangan orang Cina namun semuanya berubah apabila tanah besar China secara rasminya menjadi negara Komunis pada tahun 1949.
Bagi kaum India pula, isu Malayan Union dimainkan akhbar Jananayagam (akhbar berhaluan kiri). Mereka berpendapat Malayan Union adalah cara British memperkukuhkan kuasa mereka dan memecahkan Tanah Melayu mengikut kehendak Imperialis. Selain itu Tamil Press, alaya Nanban, Tamil Murasu turut membantah Malayan Union.
Namun perbicangan mengenai Malayan Union mula diambil berat kaum India apabila Malaysian Indian Congress ditubuhkan pada Ogos 1946. MIC bukan sahaja menentang bahkan berpendapat bawah tanah ini milik orang Melayu dan mestilah dikekalkan. Selain itu bangsa India tidak akan menerima apa-apa jua perubahan perlembagaan tanpa persetujuan orang Melayu sendiri. Ini adalah janji daripada John Thivy Presiden MIC.
Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI
KONGSIKAN: