Dalam sejarah Empayar Uthmaniyah, ada satu nama yang cukup untuk buat musuh di Eropah terkencing dalam seluar.
Nama itu ialah Janissari (Yeniçeri).
Mereka bukan askar biasa. Mereka adalah mesin pembunuh paling elit, paling berdisiplin dan paling setia yang pernah wujud dalam dunia Islam pada zaman kegemilangannya.
Tapi asal usul mereka sangat unik.
Mereka bukanlah anak-anak orang Turki atau Arab yang lahir Islam. Sebaliknya, mereka adalah anak-anak Kristian dari rantau Balkan (seperti Serbia, Bosnia, Albania) yang diambil melalui sistem "Devshirme".
Budak-budak ini diambil sejak kecil, dibawa ke Istanbul, memeluk Islam dan dilatih dengan rejim ketenteraan yang sangat brutal.
Mereka tiada mak ayah, tiada adik beradik dan tidak dibenarkan berkahwin.
Dalam kepala mereka cuma ditanam satu doktrin: "Sultan adalah ayah kami, kem askar adalah rumah kami dan mati syahid adalah impian kami."
Hasilnya?
Merekalah yang menjadi tulang belakang Sultan Muhammad Al-Fatih semasa memecahkan tembok kebal Konstantinopel. Merekalah yang menjadi benteng manusia yang tidak tahu erti takut ketika berdepan tentera Salib.
Tetapi, langit tak selalunya cerah.
Bila zaman berubah, "anak emas" ini mula naik lemak.
Janissari mula menjadi terlalu berkuasa. Mereka mula menuntut hak untuk berkahwin, berniaga dan mendesak kenaikan gaji setiap kali Sultan baru naik takhta.
Daripada pelindung negara, mereka berubah menjadi samseng negara (Mafia).
Kalau Sultan tak ikut cakap mereka, Sultan itu akan digulingkan atau dibunuh.
Sejarah hitam merekodkan Sultan Osman II (Genç Osman) dibunuh dengan kejam oleh Janissari hanya kerana baginda cuba untuk mengehadkan kuasa mereka.
Malah Sultan Selim III yang cuba buat tentera moden pun digulingkan oleh mereka.
Puncak "kurang ajar" ini tamat di tangan seorang Sultan yang berhati kering, iaitu Sultan Mahmud II.
Baginda tahu, selagi Janissari wujud, Uthmaniyah takkan maju dan akan terus mereput dari dalam.
Baginda tak nak jadi mangsa seterusnya.
Maka pada tahun 1826, baginda merancang satu perangkap licik.
Baginda mengumumkan penubuhan tentera baru yang lebih moden ala Barat. Seperti yang dijangka, Janissari mengamuk dan melancarkan pemberontakan besar-besaran di Istanbul.
Mereka berarak ke istana dengan periuk nasi (kawah) mereka diterbalikkan sebagai simbol boikot.
Tapi kali ini, Sultan Mahmud II dah bersedia dengan strategi paling licik.
Sebelum serangan bermula, baginda telah mendapatkan fatwa daripada Sheikh ul-Islam yang mengisytiharkan bahawa Janissari adalah penderhaka agama.
Malah, baginda mengeluarkan "Sancak-i Sherif" (Bendera Suci Nabi Muhammad S.A.W) dan menyeru rakyat jelata untuk bangkit berjihad mempertahankan khalifah.
Rakyat yang dah lama memendam rasa benci terhadap kezaliman Janissari terus menyahut seruan itu. Mereka keluar beramai-ramai membawa senjata, bersatu dengan tentera baru Sultan untuk mengepung penderhaka itu.
Tanpa belas kasihan, Sultan memerintahkan berek itu ditembak dengan meriam bertubi-tubi.
Ribuan Janissari mati hangus terbakar dalam "rumah" mereka sendiri. Mana yang cuba lari, disembelih oleh tentera baru Sultan dan rakyat yang mengamuk.
Peristiwa berdarah ini dikenali sebagai "The Auspicious Incident" (Peristiwa Bertuah).
Hari itu menandakan tamatnya riwayat pasukan paling gah dalam sejarah Islam.
Kisah Janissari mengajar kita bahawa kuasa tanpa kawalan adalah racun.
Mereka bermula sebagai wira yang menjulang agama, tapi berakhir sebagai pengkhianat yang meruntuhkan negara kerana mabuk kuasa dan harta.
KONGSIKAN: