Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Pemberontakan Boxer : Bagaimana China menjadi "mangsa buli" kuasa besar dunia



Pemberontakan Boxer 

Setelah Imperialis China tewas alam perang Candu pertama pada 1842, dua perjanjian telah dilaksanakan iaitu Perjanjian Nanjing dan Perjanjian Tianjin. Perjanjian yang berat sebelah, merugikan pihak China, salah satunya adalah penyerahan Hong Kong kepada British dan pembukaan 5 pelabuhan kepada kuasa eropah. China semakin terdedah kepada kuasa luar.

Kita pendekkan lagi kisah. China kemudiannya buat endah tak endah initpati perjanjian tersebut yang melibatkan pelabuhannya. China terus menerus menggunakan undang-undang ketat seperti sebelumnya untuk proses pengimportan dan pengeksportan barangan British. British mengatakan bahawa China melanggar perjanjian asal. British melancarkan satu lagi perang iaitu Perang Candu Kedua pula yang berlaku pada tahun 1856-1860 sebagai hukuman.

Perang yang menekan China supaya China lebih patuh kepada perjanjian awal. China kalah teruk lagi dalam Perang Candu Kedua ini. Dan sekarang, kerajaan China Dinasti Qing seperti tiada kuasa lagi di sekitar pesisiran pantai timurnya. Segala kuasa-kuasa besar eropah termasuk USA dan Jepun mendirikan "quartes" mereka dengan sewenang-wenangnya terutama di wilayah Canton (Guangzhou) dan Shanghai (Pudong).

Hong Kong pula dijadikan pengkalan British yang sungguh kuat. Malah di Peking (Beijing) sendiri, kuasa-kuasa luar mendirikan pengkalan mereka sendiri. Akibat ketidakpuasan hati rakyat China, "Pemberontakan Boxer" pun berlaku, ini bukan cetusan kerajaan Imperialis China, pemberontakan ini adalah pemberontakan rakyat untuk menghalau penjajah-penjajah luar.

Dan kemudiannya, Empress China ketika itu, Empress Dowager Cixi telah berpihak dengan pemberontak Boxer ini untuk bersama-sama se'iya sekata menghalau penjajah yang bagaikan bagi betis hendakkan peha, banyak lemak, macam Belanda dapat tanah, bagi seinci nak sekaki ini. Malangnya Empress Dowager Cixi bersama rakyat China gagal dalam pemberontakan ini pada 1901.

Tentera bantuan besar-besaran dari pelbagai kuasa besar dunia termasuk Jepun dan USA telah sampai di Peking dan memusnahkan pemberontakan tersebut termasuk kemusnahan tentera Empress Dowager. Kemudiannya, kekuasaan Dinasti Qing itu sendiri mula merudum dan akhirnya pada tahun 1912, maharaja terakhir dinasti Qing iaitu Pu Yi dibuang negeri ke Manchuria.

Penangan Perang Candu yang melemahkan sistem ekonomi dan militari Dinasti Qing. China sehingga kini masih mengingati akan sejarah "Perang Candu" ini. Disebabkan itu, China beria-ria memodenkan angkatan bersenjatanya dengan bajet yang cukup-cukup besar sepanjang zaman, mereka masih ingat, mereka telah menjadi mangsa buli kuasa-kuasa barat dan memastikan, perkara pembulian ini tidak berulang lagi.   

Gambar - Tentera pembuli bersekutu "Eight Nation Alliance of Western Powers". Dari kiri, anggota tentera British, USA, Rusia, India (British), Jerman, Perancis, Austro-Hungaria, Itali dan Jepun pada 1901 di China.   

Sumber : Mohd Aznam Abdul Rahman 

Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI



KONGSIKAN:



Ads Bottom